HOME

August 21, 2010

Sayangi Bibir Anda – Lips Treatment

Kenali Bibir Kita Tahukah anda, bibir mempunyai lapisan kulit yang paling nipis iaitu hanya 3-5 lapisan sedangkan bahagian kulit lain mempunyai sehingga 16 lapisan. Bibir juga tidak mempunyai sebarang bulu, mahupun kelenjar peluh dan juga kelenjar sebum yang menghasilkan sebum yang bagus untuk melembapkan kulit. Kerana itulah bibir adalah bahagian yang paling cepat kering, paling sensitif, dan paling mudah 'berumur' berbanding bahagian lain pada wajah kita. Maka, kita seeloknya menjaga bibir dengan sebaiknya.



 1. Bila Siang

Tabiat menyapu pelembab bibir setiap kali keluar rumah mungkin mudah bagi kita, tapi sebenarnya ini adalah asas yang paling penting dalam rutin penjagaan bibir. Pastikan bibir anda tidak basah supaya pelembab bibir boleh diaplikasikan dengan sempurna pada bibir, atau bibir yg kering dan merekah akan jadi lebih teruk! Sapulah pelembab bibir yg mengandungi SPF untuk melindungi bibir dari kesan cahaya matahari.


2. Bila Malam
Sebelum tidur, kesat semua kesan gincu bbir dengan gentle make-up remover , kemudian ambil kain lembut yg dilembabkan, dan gosok dengan perlahan di permukaan bibir. Ini adalah untuk menanggalkan semua sel-sel mati di permukaan bibir. Gosok sehingga bibir terasa lembut dan licin. Sapukan nipis-nipis produk rawatan bibir atau serum bibir dan biarkan semalaman. Boleh juga gunakan krim anti-ageing with retinol ya!
3. Jangan!
Tabiat menggigit dan menjilat bibir sebenarnya faktor utama bibir anda menggelupas. Elakkan menjilat bibir, jika bibir terasa kering segeralah menyapu lip balm sekerap mungkin sepanjang hari.


 
Satin Lip Mask

Sangat berkesan membuang kulit-kulit mati di permukaan bibir anda. Sekiranya kulit-kulit mati dipermukaan bibir tidak dibuang setiap 3 hari, bibir akan kelihatan pucat, kering dan tidak bermaya.
Satin Lips Balms
Ujian klinikal menunjukkan hanya dengan penggunaan sekali sahaja Satin Lips  Lip Balm dapat mengekallan kelembapan sehingga 6 jam.

No comments:

Post a Comment